Minggu, 02 Maret 2014

Katy Perry Wanita Paling Seksi 2013

0 komentar



BELUM pun seminggu tahun 2013 berlalu tetapi majalah Mens Health sudah memberikan hadiah kepada Katy Perry dengan menamakan penyanyi itu sebagai Wanita Terseksi 2013.

Katy, 25, telah mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu pelakon Mila Kunis yang pernah dinobatkan gelaran serupa pada tahun lalu.

Penyanyi lagu I Kissed A Girl itu dipilih berdasarkan wajah, tubuh dan penampilannya yang seksi selain kejayaannya sebagai seorang penyanyi terkenal di seluruh dunia.

Katy sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor British, Russell Brand sebelum bercerai selepas 11 bulan berkahwin
Read more ►

Minggu, 09 Februari 2014

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013 1434H

0 komentar
Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H | Tarikh lihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan hari permulaan puasa bagi tahun 2013/1434H ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah pun mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," 

Jawatankuasa melihat anak bulan dijangka akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

123 N 123 123 N 123

- Pontian Kecil, Johor; 
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; 
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; 
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; 
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; 

Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan Yang Lain Ialah: 

- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; 
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; 
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; 
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; 
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; 
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; 
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; 
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; 
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; 
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan; 
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; 
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; 
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak; 
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; 
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; 
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; 
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; 
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang; 
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; 
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; 
- Menara Kuala Lumpur; 
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan 
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama
Read more ►
 

Copyright © info terkiini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger